Throwback. Menawan Bumi Jepun.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak kongsi trip ke jepun mggu lpas. 15-22 disember 2015.

Tokyo-osaka-kyoto-tokyo.

15hb, first day smpai haneda airport lebih kurang pkul 10.30mlm. Bajet travel pnya pasal, kitorang spend satu mlm kt airport(level5 observation deck) ada kerusi yg boleh tidur dan melenakan mata. Asalkan dapat rehat btol x.

16hb, bangun je pg tu kitorang sempat ke information counter, nk cari cara ke apartment(airbnb). Selidik pnya selidik, ada 3 day pass utk naik tokyo metro subway n toei line harganya 1500 yen. Tp sebelum tu kna beli tiket lain utk pergi ke line yg menghubungi semua subway kt tokyo. Dr haneda kami berempat beli tket keikyu line dr haneda ke sengakuji, hrganya 410 yen. So dari sengakuji, dah boleh ambik subway trus ke mana2 aliran subway n toei line dalam tokyo gna pass yg 3 days tu. Apartment kitorang berdekatan iriya station(guna asakusa line). Sebelum check in, kitorang gerak jalan2 dulu dekat asakusa, tmpat menarik kt sini? Sensoji temple n tokyo skytree. Ada lagi beberapa tmpat tp xpg disebabkan penat+mengantuk. Fyi, apartment kt iriya harganya rm450 utk 2 mlm.

17hb, bangun tidur ku terus mandi..lalala. ha, pagi tu mmg kitorang redah habis kawasan sekitar tokyo. Mcm, ueno(ada hard rock), shinjuku, shibuya, ikebukoro, ropponggi, akihabara n byk lagi. Kalau korang gemar bershopping mmg terbaik brg2 kt sekitar tokyo. Tapi bagi kami berempat, cukup sekadar ambik gmbr buat album profile pic fb pun jadilah. Ahaks. Kitorang balik mlm tu lebih kurang pukul 11 mlm. Boleh tahan sejuk kt tokyo ni, sekitar 12 darjah celcius. Planning mlm tu kitorang nk pg ke osaka keesokan harinya, masing2 cr info cara ke osaka dgn harga paling murah. Mula2 ingat nk ambik night bus, tp disebabkan last minit nk beli plus kna beli online plak dgn hrga sekitar 5000-6000 yen sehala maka terbantut hasrat dan impian nk naik bus.

18hb, bangun pagi2 kitorang search lagi transport nk ke osaka dgn murah. Sehinggalah... mr google ckp ada train dr utara ke selatan jepun dgn menaiki sheishun 18/kippu. Hrga tket dia 11850 yen, utk 5 tket. Maksud dia cm ni, kalau solo traveller beli tket ni, boleh la jenjalan 5 hari mewakili 5 tket. Tp kalau korang pg berlima/berempat/bertiga pun boleh. Kitorang pg berempat so harga tket pergi jatuh plus minus 2962 yen sehala utk seorang. Walaupun murah ada tapinya.. huhu. Perjalanan dr tokyo ke osaka ambik masa lebih kurang 10 jam. Pergh. Kebas sana sini. Tp yg best nye sepanjang perjalann korang boleh nampak mt fuji, laut, rumah2 kg, sawah padi mcm kt kedah tu n byk lagi. Jauh perjalanan luas pemandangan. Xgitu? Huhuhu. Smpai kt osaka lebih kurang pkul 11 mlm. Sunyi sepi mlm sabtu. Sempat gak kitorang makan maggi kt seven e kt sana. Tempat tidur? Dekat osaka station n cybercafe dorang. Huhu.

19hb, bangun pagi2 kitorang breakfast kt kedai roti dulu n pastu gerak ke hard rock cafe osaka. Beli apa yg patut. Then, beli one day pass gne subway kt osaka, 600 yen harganya. Huhu. Destinasi pastu melawat tmpat2 menarik sekitar osaka mcm osaka castle, garden dia smua la. Huhuhu. N mlm tu gak kitorang gerak balik ke kyoto. Tket kna beli lain ye. 560 yen dr osaka ke kyoto. Kitorang bermalam kt rumah lama dekt dgn kyoto station, harganya rm 400 utk 2 mlm guna airbnb gak.

20hb, dah berjalan sana sini. Masing2 lelah dan penat. Xbyk tmpat yg kitorg pergi. Cuma cover temple2 sekitar tmpt penginapan, kyoto tower, garden dkat dgn temple n shopping baju n keychain. Fyi, baju i love japan, hrga kt kyoto murah sikit dr tokyo, kena nego2 manja gitu. Sy dpat 900 yen sepasang. Kt kyoto mmg byk gle tmpat2 menarik yg korang boleh pergi. Serius. Cuma masa amat mencemburui kitorang, xsmpat nk jelajah kyoto dgn lebih lama.

20hb, nk kna bersiap2 balik dah. Dr kyoto ke tokyo. Perjalanan ambik masa lebih kurang 9 jam. Smpai tokyo lebih kurang jam 12mlm. Cadangan dr member pi pekena kebab dulu kt ueno station, tp kedau tutup. Dan owner kedai kebab tu, jamal namanya, muslim dr ghana mengajak kitorang pg mkn sushi(dia belanja ohh. Rezeki). Lpas je mkn, sy tny jamal pasal masjid kt sekitar ueno utk bermalam di sana, tp syg masjid tutup dah. Dan jamal bg suggestion utk pg ke otsuka station, ada member dia yg jd imam masjid disana, mgkin ada peluang utk tidur. Smpai2 je kt sana, member jamal(suraqah) seorang muslim dr ghana tgah tggu kitorang kt sana. N suraqah bawak la kitog pg masjid, tp sekali lagi, masjid tutup. Dan peristiwa yg xdisangka2 suraqah ajak kitorg bermalam di rumah dia. Xsgka kan, diwaktu kita kesulitan, ada je jalan keluar yg Allah bagi. Pengalaman yg xdpat lupa.

22hb, lpas bangun tidur. Kitorang bersiap2 ke ueno station lg. Suraqah bgtaw dia bukak kedai baju berdekatan kedai jamal.  Utk mengucapkan terima kasih kitorg pun pg ke sana. Sambil mkn kebab, sambil tgok kedai suraqah. Fashion dig tiptop. Terbaik. Sy sertakan gmbr utk  korang2 yg nak rasa kebab n cr baju utk shopping. Mlm tu kitorang bergerak balik ke haneda. Flight jam 11.45mlm. Sekian.

Kalau ada pape nk tny pm k. Assalamualaikum. ;)







Comments